Lelaki berusia 25 tahun itu maut akibat luka tembakan dialaminya selepas menjadikan seorang kru pesawat sebagai tebusan, memaksa jet penumpang berkenaan mendarat cemas di lapangan terbang Chittagong.

Kira-kira 134 orang penumpang dan 14 kru dibebas tanpa dicederakan selepas operasi pihak berkuasa yang berlangsung selama 10 minit.

“Sebab dia melakukan jenayah itu kerana mempunyai masalah dengan isterinya dan mahu bercakap dengan Perdana Menteri, Sheikh Hasina,” kata Pengurus Lapangan Terbang, Sarwar-e-Jaman. - AFP