Bangkok Post melaporkan, Jirapat Lin-anupawa, 24, dijumpai terbaring di atas katilnya selepas kira-kira pukul 1.30 petang selepas rakan-rakannya yang gagal menghubungi mangsa sejak Jumaat lalu meminta penyelia kondominium tersebut membuka pintu rumahnya.

Turut ditemukan berdekatan mayat mangsa adalah dapur api dan periuk yang masih berasap.

Mangsa yang dijumpai memakai seluar jean meninggalkan nota permohonan maaf kepada ibu, nenek dan seorang individu tidak dikenali.

Jirapat sebelum ni pernah mencuba untuk membunuh diri sebelum diselamatkan rakan-rakannya.

Polis dalam pada itu meneruskan siasatan bagi mengetahui punca kejadian.-AGENSI