Lapor portal Liputan6.com, rata-rata penduduk tepi pantai di wilayah Maluku dan Sulawesi melarikan diri ke kawasan lebih tinggi selepas pihak berkuasa mengeluarkan ancaman tsunami.

Namun Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) menarik balik amaran tsunami hari ini selepas tiada kecederaan mahupun kerosakan harta benda dilaporkan susulan gempa bumi itu yang menggegarkan kawasan pantai di dua buah wilayah itu.

Gempa bumi yang berpusat pada kedalaman 36 kilometer (km) itu turut diikuti beberapa gegaran susulan kecil.

Seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Risman Husain berkata, mereka mula panik selepas dimaklumkan mengenai ancaman tsunami susulan gempa tersebut.

“Ketika gegaran berlaku, kami semua lari keluar dari rumah masing-masing dan mencari kawasan tinggi seperti di Gunung Agung untuk berlin­dung daripada ancaman tsunami,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, BMKG merekodkan sebanyak 19 gempa susulan dan mencatatkan peningkatan permukaan air laut di enam stesen termasuk di Bitung, Tobelo, Ternate, Taliabu, Jailolo dan Xanana.

Agensi itu turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan memantau keadaan sekitar. – AGENSI