Lapor Detik News, gegaran yang dirasai sekitar pukul 7.13 petang itu memaksa penduduk keluar daripada rumah dan ba­ngunan bagi menyelamatkan diri.

Tinjauan mendapati, pekerja berpusu-pusu keluar dari banggunan Direktorat Jenderal Penduduk dan Pendaftaran Sivil Kota Serang ketika gempa berlaku.

Pengguna jalan raya terma­suk penunggang motosikal turut memberhentikan kenderaan sewaktu gegaran dirasai selama beberapa minit itu.

Dalam pada itu, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan lain di Jakarta seperti banggunan Nusantara III, pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Senayan.

Situasi panik turut tercetus dalam kalangan pengunjung yang bertempiaran keluar dari kompleks beli belah Margo City yang terletak di Kota Depok, Jawa Barat.

Ramai pengunjung dilihat menjerit ketakutan keluar berkumpul dihadapan kompleks membeli belah tersebut.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa berpusat di da­erah Sumur, Banten itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

“Potensi tsunami untuk diteruskan kepada masyarakat,” kata agensi itu.– AGENSI