CNN Indonesia melaporkan, titik gempa itu berada sekitar 135 kilometer (km) barat daya Ternate dengan kedalaman 10 km.

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengeluarkan amaran kemungkinan tsunami di Sulawesi Utara dan Maluku Utara.

Ketika ini, belum diketahui keadaan terkini di lokasi sama ada berlaku sebarang kerosakan.