CNN Indonesia yang memetik Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) melaporkan, dua kematian itu berlaku di mukim Cisolok dan mukim Waluran, ma­sing-masing akibat terjatuh dan diserang sakit jantung.

Pelaksana Harian Ketua Pusat Data BNPB, Agus Wibowo berkata, gempa itu menyebabkan lebih 1,000 orang di Banten dan Lampung mendapatkan perlindungan

“Seramai 1,050 orang pendu­duk meninggalkan rumah me­­­reka, empat orang cedera ma­na­kala dua lagi meninggal dunia,” katanya, hari ini.

Gempa dengan magnitud 6.9 itu berpusat di perairan Ban­ten pada kedalaman 4.8 kilo­meter, kira-kira 164 kilometer barat daya Kota Pandeglang, Banten.

Tambah Agus, kerosakan akibat gempa bumi itu pula melibatkan 200 bangunan terdiri dari­pada rumah, pejabat dan masjid di Banten, Lampung dan Jawa Barat.

Sementara itu, pihak berkuasa Indonesia menarik balik amaran tsunami setinggi tiga meter selepas lebih dua jam gempa berlaku.

Gempa kuat itu mengakibatkan gegarannya dirasai sehingga Yogyakarta di kepulauan Jawa meng­akibatkan penduduk dan pekerja keluar daripada rumah dan ba­ngunan dalam kejadian yang berlaku pada pukul 7.03 malam waktu tempatan. –AGENSI