Tujuh bulan selepas kucing peliharaan Huang Yu yang dinamakan Garlic itu mati, kucing baharu baka British Shorthair berkenaan dilahirkan pada 21 Julai lalu.

Kelahiran Garlic yang baharu dijayakan syarikat pengklonan, Sinogene yang turut muncul sebagai syarikat pertama Beijing mengklon kucing.

Sekurang-kurangnya lebih 40 ekor anjing berjaya di klon syarikat itu, prosedur yang menelan belanja sebanyak 380,000 yuan (RM222,590) seekor manakala harga bagi seekor kucing menelan belanja 250,000 yuan (RM146,993).

Huang, 23, nyata gembira apabila melihat kelahiran semula Garlic dengan menyifatkan persamaan antara kedua-dua ekor kucing tersebut adalah lebih 90 peratus.

“Semasa Garlic mati, saya sangat sedih. Saya tidak dapat menerima hakikat kerana kematiannya agak mengejut.

“Saya menyalahkan diri kerana tidak membawanya ke hospital tepat pada masanya mengakibatkan Garlic mati,” katanya. - AFP