Jurucakap kerajaan wilayah Chiba berkata, seorang wanita berusia 93 tahun dan seorang lelaki berusia 65 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di rumah masing-masing, semalam sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor.

“Sekurang-kurangnya 48 penduduk dikejarkan ke hospital selepas mendapat simptom gelombang haba, semalam,” katanya.

Menurut Tokyo Electric Co. dalam satu kenyataan, sebanyak 456,000 rumah masih terputus bekalan elektrik. - AFP