Tentera Myanmar ketika ini sedang bertempur dengan Tentera Arakan (AA) bagi mendapatkan hak autonomi di negeri Rakhine.

Jumaat lalu, kerajaan mengarahkan pengendali telefon bimbit untuk menutup rangkaian sambungan internet di lapan pekan di Rakhine dan satu di negeri Chin.

“Saya khuatir tentang nasib semua penduduk di situ,” kata Jurucakap Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, Yanghee Lee.

Beliau menggesa sekatan tersebut ditarik balik dengan kadar segera. - AFP