Menurut akhbar Okaz dan media tempatan lain, gadis berusia 24 tahun itu dari barat Jeddah dan namanya tidak didedahkan itu memfailkan permohonan mahkamah supaya membatalkan peranan bapanya sebagai penjaganya.

Kata laporan itu, wanita muda tersebut tinggal bersama ibunya dan tidak pernah melihat bapa­nya selama enam tahun.

Permohonan itu dibuat selepas bapa gadis itu enggan membantunya mendapatkan pas­port bagi membolehkannya menyambung pengajian di luar negara.

Keputusan mahkamah itu kemudian mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

“Saya terkejut dengan percanggahan dalam sistem kerajaan,” tulis seorang wanita Arab Saudi.

Sistem tradisi di Arab Saudi mewajibkan anak gadis atau wanita memperoleh kebenaran daripada ahli keluarga lelaki untuk melakukan pelbagai perkara, termasuk melancong dan berkahwin.

Arab Saudi sejak kebelakangan ini melakukan pembaharuan sosial yang memberi kelonggaran kepada wanita termasuk membenarkan mereka memandu kereta dan mengha­diri perlawanan bola sepak. – AFP