Deng Mei, 24, mengalami OCD yang juga sejenis penyakit mental yang membuatkannya sentiasa mengemas rumah, tidak boleh melihat barangan berterabur dan mahu keadaan sekitar selalu bersih.

Portal Oddity Central melaporkan, dia mendapat idea untuk memulakan perniagaan unik itu pada penghujung 2014 semasa bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak.

“Ketika itu, saya membantu pe­langgan menguruskan almari pakai­an mereka di luar waktu be­kerja.

“Seorang pelanggan mencadang­kan agar saya memulakan perniagaan mengemas almari,’’ katanya.

Tidak menunggu lama, Deng Mei memulakan perniagaan tersebut pada awal 2015 dengan kebanyakan orang yang menggunakan perkhidmatannya kini menjadi pe­langgan tetap.

Deng Mei mengenakan caj sebanyak 100 yuan (RM61) bagi setiap meter ruangan almari pakaian yang dibersih­kan dan dia mampu menyelesaikan kerja itu dalam tempoh tiga jam.

Gadis itu berkata, kebanyakan pelanggannya merupakan orang kaya di bandar Chengdu yang tidak mempunyai masa untuk mengemas almari masing-masing.

“Anda tidak boleh gambarkan bagaimana teruknya keadaan bilik mereka hinggakan saya tidak mempunyai ruang untuk berdiri.

“Orang China mempunyai kecenderungan untuk tergesa-gesa dan hanya fikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang serta tidak mengambil berat keadaan rumah mereka,’’ katanya.