Rang undang-undang berkenaan adalah antara langkah yang dilakukan oleh Presiden Rodrigo Duterte untuk meneruskan kempennya memerangi dadah serta jenayah.

Sekutu Duterte pada mulanya mencadangkan had ‘umur liabiliti jenayah’ kepada sembilan tahun tetapi selepas tercetusnya kemarahan orang ramai, Dewan Rakyat bersetuju meletakkan had umur kepada 12 tahun serta meluluskan rang undang-undang terbabit pada bacaan kedua.

Tindakan Duterte itu mencetuskan kritikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan pemantau hak asasi manusia.

“Kami masih berpendapat 12 tahun adalah umur yang sangat muda bagi seseorang kanak-kanak menerima hukuman jenayah.

“Suruhanjaya Hak Asasi Kanak-Kanak PBB tealh menyatakan umur liabiliti jenayah mestilah sekurang-kurangnya 14 tahun,” kata jurukempen Human Rights Watch, Carlos Conde kepada AFP hari ini. - AFP