CNN Filipina melaporkan, Presidennya, Rodrigo Duterte mengeluarkan ancaman tersebut dalam perhimpunan di Puerto Princesa, Palawan.

Kelmarin Manila mendakwa 275 bot dan kapal China menceroboh Pulau Thitu atau Pagasa dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

“Marilah kita menjadi rakan tetapi jangan sentuh pulau Pagasa dan selebihnya.

“Jika masih ke sana, itu cerita berbeza. Saya akan memberitahu tentera saya untuk bersedia untuk misi membunuh diri,” katanya. -AGENSI