Menurut pendakwa raya di Antwerp kepada agensi berita VTM, lelaki berusia 27 tahun dari India tidak sedarkan diri ketika berada di festival itu semalam.

Jurucakap hospital memberitahu, lelaki tersebut telah dibawa dari lokasi di bandar Boom ke Hospital Universiti Antwerp, yang mana individu itu tidak dapat diselamatkan.

Satu bedah siasat dijangka dilakukan pada Isnin depan.

Pihak penganjur Tomorrowland menerusi kenyataan membuat pengumuman mengenai kematian lelaki tersebut dengan penuh kesedihan.

Jurucakapnya, Debby Wilmsen berkata, punca kematian masih belum diketahui - AFP