Tambah menarik, roket itu bukan sahaja memuatkan 24 buah satelit malah ia turut membawa kargo yang memuatkan abu mayat manusia.

Lapor Russia Today, ‘penerbangan pengebumian’ itu dijadual berlepas ke orbit lewat malam Isnin waktu tempatan dengan membawa bekas yang padat dengan 152 abu mayat

Kesemua abu mayat itu ditempatkan ke dalam roket terbabit oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Celestis Memorial Spaceflights.

Syarikat itu membeli ruang kosong dalam kapal angkasa berkenaan dan mengisinya dengan kapsul simpanan besi kecil yang berisi abu mayat.

Harga bagi satu gram abu mayat mencecah sehingga AS$5,000 (RM20,722).

Kapsul tersebut akan dibawa oleh salah sebuah satelit berkenaan dan bakal berada di orbit selama satelit itu beroperasi.

Setiap kapsul terukir dengan tulisan seperti yang ada pada batu nisan, termasuklah perkataan seperti ‘Gapailah bintang’ dan ‘Lihatlah angkasa selama-lamanya’.

Namun penerbangan Falcon Heavy itu bukannya yang pertama membawa abu manusia ke angkasa.

Sejak beroperasi pada 1994, Celestis telah menerbangkan kapsul berisi abu manusia menggunakan 15 roket berbeza bukan sahaja ke orbit malah ke bulan. – AGENSI