Laporan Wall Street Journal itu berdasarkan kepada ujian sendiri yang menunjukkan data peribadi dikongsi dengan Facebook menggunakan aplikasi yang dirancang untuk sasaran pengiklanan, walaupun pengguna aplikasi itu tidak memiliki akaun Facebook.

Maklumat yang dikumpul oleh aplikasi berkenaan termasuk butiran peribadi mengenai berat badan dan status kehamilan.

Bagaimanapun menurut Facebook, perkongsian data merentasi aplikasi di iPhone atau Android adalah amalan standard industri apabila berkaitan dengan cara pengiklanan mudah alih berfungsi.

Jurucakap Facebook, Nissa Anklesaria berkata: "Facebook melarang pemaju aplikasi menghantar data sensitif kepada kami. Kami juga mengambil langkah untuk mengesan dan mengeluarkan data yang tidak boleh dikongsi." - AFP