Kerajaan Filipina meminta penyiasatan dana bantuan disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan tempatan oleh EU dialih kepada Parti Komunis Filipina dan Tentera Rakyat Baharu (NPA).

EU berkata, jika dakwaan itu berasas, maka tindakan perundangan sepenuhnya akan diambil dengan segera.

Katanya, dakwaan itu telah dimaklumkan pada Januari namun audit dalaman setakat ini tidak dapat mengesahkannya.

Bagaimanapun, audit kewangan juga akan dibuat oleh syarikat luar pada bulan depan. - AFP