Keempat-empat yang maut itu termasuk seorang juruterbang dan tiga penumpang yang dalam perjalanan dari Geneva.

Media tempatan melaporkan, pesawat itu yang baru sahaja berlepas secara tiba-tiba meletup di udara sebelum terhempas di tempat lori memunggah barang di bandaraya Taires di Cascais.

Daily Mail mendedahkan, sekurang-kurangnya beberapa kenderaan turut terbakar dalam insiden tersebut selain daripada sebuah rumah berdekatan tempat kejadian juga terbakar sebelum pasukan memadamkan api sebelum marak.

Pihak berkuasa belum dapat membuat sebarang kenyataan ketika ini dan siasatan sedang dijalankan seandainya ada mangsa lain di darat maut atau cedera akibat kemalangan tersebut. - Agensi