Lapor Channel News Asia, serangan itu tercetus berikutan kemarahan memuncak kumpulan pemberontak susulan seorang anggotanya, Abdulloh Esormusor dibiarkan berada dalam keadaan kritikal selepas beberapa jam berada di unit soal siasat tentera.

Dalam kejadian semalam, kumpulan terbabit menyerang pangkalan tentera, melontarkan bom tangan serta melepaskan tembakan selama hampir satu jam.

"Empat orang terkorban termasuklah tentera berpangkat Sarjan Mejar, dua orang sukarelawan pertahanan dan seorang penduduk kampung," kata jurucakap tentera, Kolonel Thanawee Suwannarat. - AGENSI