Menurut Kompas, petugas Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Banjarmasin, Endrow berkata alat isyarat kecemasan yang ada dalam kapal KM Pieces itu berkemungkinan mengalami kerosakan justeru mengakibatkan insiden tersebut gagal dikesan.

“Basarnas tidak mengesan isyarat bahaya dari kapal berkenaan. Alat kecemasan kapal itu berkemungkinan rosak,” katanya

Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang diteruskan sehingga kini.- AGENSI