Ekoran penemuan tersebut, Majlis Daerah Wairarapa Selatan mengeluarkan amaran kepada semua penduduk di kawasan tersebut agar memasak air sebelum digunakan untuk minum, menyediakan makanan dan memberus gigi.

Pihak berkuasa tempatan berkata, walaupun kewujudan bakteria itu dikesan rendah namun amaran berjaga-jaga, atas nasihat kesihatan awam serantau tetap dikeluarkan.-AGENSI