Dana itu bakal digunakan untuk memajukan kemudahan ketenteraan lama yang sedang digunakan oleh Filipina termasuklah kapal perang ketika era Perang Dunia Kedua dan helikopter yang pernah digunakan oleh Amerika Syarikat (AS) sewaktu Perang Vietnam.

“Kita akan membeli peralatan baharu seperti jet pejuang, dron, kereta kebal, radar dan kapal selam untuk meningkatkan kemampuan ketenteraan kami,” kata seorang pegawai pertahanan yang enggan dikenali.

Sementara itu, menurut seorang jeneral kanan tentera yang enggan didedahkan identitinya, Duterte sudah meluluskan 33 projek pemodenan ketenteraan, dengan tumpuan diberikan kepada keselamatan domestik serta melindungi perairan negara ini. - REUTERS