Dalam insiden yang berlaku sekitar 4 petang waktu tempatan itu, suspek dikatakan menembak mangsa pertama yang merupakan wanita berusia 57 tahun sebelum melepaskan tembakan ke arah sebuah bas.

Suspek kemudian dilaporkan mendekati mangsa kedua sebelum menembak nya.

Walau bagaimanapun, penyerang yang identitinya dirahsiakan berjaya ditangkap dan kini berada dalam tahanan polis untuk soal siasat.- AGENSI