Bagaimanapun, kumpulan Daesh tersebut mendakwa mereka mencederakan tiga anggota polis dalam serangan bom.

Menurut Komander Batilion Tindakan Pantas, Leftenan Kolonel Ashique Billah, polis komando yang tiba di rumah itu ditembak pada tengah malam di kejiranan Bosila.

Katanya, kemudian berlaku letupan yang memusnahkan dinding rumah berkenaan.

“Unit pemusnah bom kami menemukan bahagian badan dua militan yang menunjukkan letupan kuat itu menghancukan badan dan menggegarkan kawasan itu,” katanya.

Selain itum empat orang lain ditahan termasuk penjaga dan imam masjid berdekatan. - AFP