Ketegangan juga makin meningkat dengan Pakistan menyatakan tiga rakyatnya maut ketika tembakan India dari sempadan de facto di Kashmir yang dikenali sebagai Garis Kawalan (LoC).

Sementara itu, agensi berita Press Trust India pula melaporkan, pihak berkuasa memberitahu, seorang tentera India maut dan empat lagi cedera apabila tentera Pakistan melepaskan tembakan pada pos hadapan dan kampung di sepanjang LoC di daerah Poonch semalam. - AFP