Empat warga Israel juga terbunuh daam ketegangan dua hari yang dilihat berakhir pagi tadi dengan Mesir menjadi orang tengah dalam genjatan senjata berkenaan.

Ia bermula pada Sabtu lalu dengan banyak bedilan roket dari Semenanjung Gaza ditadbir Hamas dan dibalas dengan gelombang serangan rejim Israel.

Kementerian Gaza dalam kenyataan berkata, dua mayat itu dikenali sebagai Talal Abu Al-Jidian, 48, dan isteri, Raghda Abu Al-Jidian, 40 ditemukan di utara Semenanjung Gaza. - AFP