Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid al-Falih berkata, dua kapal tangki minyak Arab Saudi terlibat ‘serangan sabotaj’ pada zon ekonomi eksklusif di UAE.

“Ketika itu, kapal tangki minyak sedang merentasi Teluk Arab,” katanya.

Sementara itu, UAE menyatakan empat kapal komersil pelbagai negara telah disasarkan oleh perbuatan sabotaj di Fujairah. - AFP