Lapor Bloomberg, Khadem al Qubaisi yang sebelum ini pernah mengetuai syarikat International Petroleum Inventment Co. (IPIC) di Abu Dhabi, dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun.

Selain itu, Mohammed Ba­dawy al-Husseiny, seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang menjalankan operasi syarikat subsidiari IPIC, turut dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun.

Memetik laporan Wall Street Journal (WSJ) yang biasa de­ngan kes itu berkata, kedua-dua tertuduh perlu membayar denda sebanyak AS$336 juta (RM1.4 bilion).

Menurut sumber dalaman mahkamah, hukuman tersebut tidak mempunyai kaitan de­ngan skandal 1MDB.

Peguam kepada kedua-dua tertuduh dan wakil Mahkamah Jenayah Abu Dhabi enggan memberi sebarang komen.

Tahun lalu, IPIC dan Aabar Investments didakwa di mahkamah selepas Goldman Sachs Group Inc dikatakan memberi rasuah kepada beberapa bekas pegawai kewa­ngan kedua-dua syarikat terbabit.

Mereka sebagai pertukaran ‘bersetuju untuk memanipulasi dan memperdaya IPIC dan Aabar serta menyalahgunakan nama syarikat, rangkaian dan infrastruktur untuk melakukan jenayah dan kepentingan peribadi’. – AGENSI