Lapor AFP, jurucakap Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) memberitahu, Dr. Vanjoe de Guzman ditahan polis selepas agensi itu melakukan pemantauan hampir empat bulan ke atasnya.

“Berdasarkan siasatan awal, kediamannya itu juga digunakan sebagai ‘port’ untuk penagih dadah yang rata-rata terdiri daripada pelajar dan eksekutif muda,” kata jurucakap itu.