Lapor BBC, Li Yanxia, 54, didapati bersalah di mahkamah Wu'an di wilayah Hebei kelmarin selepas didakwa terbabit dalam kegiatan peras ugut, penipuan, pemalsuan dan mengganggu perintah sosial.

Yanxia turut didenda sebanyak AS$388,000 (RM1.5 juta).

Selain itu, 15 lagi tertuduh, termasuk teman lelakinya turut disabitkan kesalahan.

Mahkamah mendapati Yanxia telah menyalahgunakan pengaruh rumah anak yatim yang dimilikinya. - AGENSI