Lapor CNN, Penolong Pe­ngarah Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Ayesha Akhter berkata, sebanyak lapan orang meninggal dunia sejak Januari lalu manakala lebih 13,600 pesakit dijangkiti wabak tersebut setakat tahun ini.

Kata beliau, sebanyak 8,348 kes demam denggi atau lebih separuh daripada jumlah itu, dilaporkan berlaku pada bulan ini, peningkatan drastik berbanding 1,820 kes dicatatkan pada Jun dan 184 kes pada Mei tahun ini.

“Sejak kami mula menyimpan data kes demam denggi dari tahun 2000, statistik kali ini adalah wabak terburuk yang direkodkan di Bangladesh,” katanya.

Menurut Ayesha, lebih 50 daerah dilaporkan terjejas dan Dhaka merupakan bandar pa­ling teruk dilanda wabak berke­naan,

Katanya, beberapa hospital di negara itu turut mengalami kesukaran untuk menampung pesakit yang terlalu banyak.

“Kami sedang memastikan agar semua hospital kerajaan dan swasta mempunyai sumber yang mencukupi untuk menangani wabak ini.

“Malah, kami juga telah mem­buka kaunter khas di Hospital Kolej Perubatan Dhaka bagi pesakit yang dijangkiti demam denggi,” katanya.–AGENSI.