Lapor BBC, dakwaan itu adalah yang pertama dilakukan di angkasa lepas.

Menurut laporan New York Times, angkasawan terbabit, Anne McClain mengesahkan dia mengakses akaun terbabit dari ISS tetapi menafikan perbuatannya adalah salah.

Pasangannya, Summer Worden, dilaporkan telah memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan.

Sementara itu, McCain dalam kenyataan menerusi peguamnya berkata, dia mahu memastikan kewangan keluarganya berada dalam keadaan terkawal dan mempunyai wang mencukupi untuk membayar bil serta anak angkatnya.

"Dia menafikan melakukan sesuatu yang tidak betul," kata peguamnya, Rustin Hardin sambil menambah McCain sedia bekerjasama sepenuhnya. - AGENSI