Hakim juga mengarahkan tertuduh, Andrei Zhestkov, untuk membayar denda sebanyak AS$700 (RM2,886) atau hukuman penjaranya dilanjutkan selama dua bulan.

Zhestkov, 28, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar pada Mac lalu ketika melalui pemeriksaan keselamatan sebelum berlepas pulang ke Rusia.

Pegawai imigresen yang curiga dengan gerak geri Zhestkov bertindak menahannya dan membuka bagasi pakaiannya, lalu menemukan orang utan jantan berusia dua tahun.

Pihak berkuasa turut menjumpai dua ekor cicak dan lima biawak di dalam bagasi terbabit. - AFP