CNN melaporkan, desakan itu dibuat beberapa hari selepas Australia menandata­ngani surat yang mengutuk cara China melayan penduduk Xinjiang yang majoritinya adalah beragama Islam, dengan pelbagai sumber melaporkan lebih dua juta penduduknya ditahan dalam kem tahanan.

Kebanyakan bekas tahanan yang ditemu bual CNN memaklumkan mereka menerima layanan buruk termasuk dipaksa ‘taat setia’ terhadap budaya serta agama masyarakat China.

Bapa kanak-kanak lelaki tersebut, Sadam Abudusa­lamu berkata, dia cuba meng­uar-uarkan mengenai kea­daan keluarga sejak pasport isterinya, Nadila dirampas oleh pihak berkuasa China pada April tahun lalu sebelum ditahan di Xinjiang bersama anak lelakinya.

Menteri Luar Australia, Marise Payne dalam satu ke­nyataan memaklumkan, Australia menerusi kedutaan di Beijing ‘secara rasmi’ meminta pihak berkuasa China membenarkan Nadila dan Lufty me­ninggalkan negara itu.

Adam juga memberitahu berasa gembira kerana Australia sudi membantunya untuk mendapatkan kembali keluarganya.

“Saya mahu akses untuk memasuki Urumqi bagi membebaskan anak dan isteri saya,” jelasnya.