Lapor The Moscow Times, masjid yang dinamakan sempena Nabi Muhammad SAW itu diperindahkan dengan hiasan batu marmar dan boleh memuatkan 30,000 jemaah pada satu-satu masa.

Pemimpin Chechen, Ram­zan Kadyrov berkata, masjid yang terletak di Shali itu mempunyai keunikan pada struktur rekaannya dan me­gah dengan saiz serta keindahannya.

Persekitarannya dihiasi de­ngan tanaman bungan serta pancutan air dan boleh menerima kehadiran 70,000 jemaah tambahan.

Perwakilan dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan menyertai Ramzan pada majlis perasmian itu yang disertai 200 tetamu dari 43 negara.

Ramzan dilantik oleh Presiden Rusia, Vla­dimir Putin pada 2007 untuk memerintah wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam itu.

Beliau menerajui kebangkitan Islam di Chechnya de­ngan membina masjid-masjid yang tersergam indah terma­suk sebuah masjid di Grozny digelarnya sebagai ‘jantung Chechnya’ yang mempunyai kapasiti sehingga 10,000 jemaah.

Ramzan tidak terkecuali daripada dikritik pergerakan berhaluan kanan yang menuduhnya melakukan pencabulan hak asasi di wilayah berkenaan, dakwaan yang dinafikan pemimpin tersebut.

Namun beliau tetap di­sanjung pengikutnya kerana berupaya membawa keharmonian dan kestabilan di wilayah itu.– AGENSI