Peraturan tersebut dikuatkuasakan sejak 70 tahun lalu dan kini pramugari dibenarkan untuk memakai seluar selepas Kesatuan Atendan Penerbangan Hong Kong Dragon Airlines memenangi hak pemakaian tersebut.

“Kami mengalu-alukan dan menghargai keputusan syarikat yang memberikan kami pilihan untuk memilih uniform,” kata Timbalan Pengerusi kesatuan berkenaan, Pauline Mak.

Menurutnya, kebanyakan petugas wanita syarikat penerbangan itu melahirkan kebimbangan terhadap pemakaian skirt terutama ketika membantu meletakkan bagasi penumpang di ruangan penyimpanan serta menaiki pengangkutan awam.

Syarikat penerbangan itu menjelaskan, mereka akan menilai semula uniform pramugari bagi Cathay Pacific dan Cathay Dragon.

Pada 2014, atendan penerbangan Cathay Pacific memohon rekaan semula uniform yang selama ini boleh mencetuskan gangguan seksual. - AFP