Lapor Mirror Online, gambar terbabit dirakamkan oleh seorang wanita yang menggelar dirinya sebagai Karen Catbird di sebuah pantai dekat sini baru-baru ini.

Karen berkongsi gambar berkenaan di laman Facebook dan ramai pengguna memberi maklum balas berhubung imej tersebut.

Wanita itu turut menulis kap­syen pada gambar terbabit: “Sekiranya anda merokok, ja­ngan buang puntung rokok di merata-rata tempat.”

Dia kemudiannya memuat naik seke­ping lagi gambar anak burung dengan puntung rokok berada di dalam mulutnya.

“Anak burung ini diberikan puntung rokok oleh ibunya. Sudah tiba masa kita membersih­kan pantai dan berhenti menjadikan haiwan tersebut seperti bekas puntung rokok gergasi,” jelas Karen.

Salah seorang pengguna Facebook menulis: “Sememang­nya meruntun hati.”

Selain itu, seorang lagi pengguna Facebook, Sherry Brigham menulis: “Saya berasa marah. Sila buang puntung rokok di dalam tong sampah atau letakkan di dalam kotak rokok sekiranya tidak menjumpai sebarang tong sampah. Saya merokok tetapi saya tidak pernah membuangnya me­rata-rata. Menjijikkan apabila memikirkan tentang nasib hidupan liar kita.”