Ahli keluarga mangsa yang panik meminta bantuan selepas budak lelaki berusia setahun enam bulan itu hilang dari rumah pada Rabu lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa terjatuh ke dalam saliran yang dipenuhi air daripada hujan monsun.

Penyelamat juga menggunakan jentera berat untuk meruntuhkan tembok sepanjang seksyen saliran pembetungan bawah tanah, menurut laporan laman web India Today.

Penduduk yang marah berhimpun di lokasi kejadian dan mengancam untuk menghalang jalan jika budak itu tidak ditemukan segera. - AFP