BBC melaporkan, kanak-kanak itu menghentikan kereta Volkswagen Golf ibunya di sebuah lebuh raya selepas mendakwa memandu laju membuatkannya berasa tidak sihat.

Pihak polis berkata, kanak-kanak berusia lapan tahun tersebut memandu kereta yang ‘dicuri’ daripada ibu bapanya dan memandu sehingga mencecah kelajuan 140 kilometer sejam (km/j) dari rumahnya di Soest.

Katanya, kanak-kanak itu ditemukan di kawasan rehat Lebuhraya A44 menuju ke bandar Dortmund awal pagi semalam.

“Kanak-kanak lelaki itu kemudian menghidupkan lampu kecemasan dan mele­takkan segi tiga amaran kecil di belakang kereta.

“Tiada kerosakan harta dan orang yang tercedera dalam perjalanan singkat kanak-kanak itu,” kata polis.

Terdahulu, ibu kanak-kanak itu membuat laporan polis mengenai tindakan anaknya memandu kereta Volswagen Golf dari rumah mereka kira-kira pukul 12.25 tengah malam.

Dia dilaporkan sebelum ini pernah memandu kereta di kawasan persendirian dan sering membawa go-kart dan ‘bumper car’. – AGENSI