Jurucakap polis, Superintendan Wilfred Wong Ho-hon berkata, bom tersebut dile­tupkan selepas ditemukan di sebuah gudang makanan ringan, Calbee, di sini.

“Bom itu dalam kea­daan tidak stabil kerana pernah ‘dilepaskan’ sebelum ini tetapi gagal meledak,” katanya.

Jelas beliau, bom berkenaan dibungkus dengan rapi sebelum diletupkan di sebuah longkang berhampiran gudang tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kami percaya bom itu secara tidak sengaja tersimpan bersama-sama ubi kentang yang diimport dari Pe­rancis,” tambahnya.

Pakar sejarah ketenteraan Hong Kong, Dave Macri memberitahu South China Morning Post, bom itu dipercayai ditinggalkan dalam parit ketika perang dan tertanam di sebuah ladang ubi yang dahulunya merupakan tapak perang di Perancis.

“Jika ditemukan dalam lumpur, alat peledak itu mungkin sekali ditinggalkan atau terjatuh daripada simpanan tentera ketika perang,” katanya.