Lapor Detik News, penegasan Jokowi itu dibuat ketika beliau membahaskan perkara-perkara yang dapat menjejaskan pelaburan semasa berucap pada majlis Visi Indonesia di Bogor, Jawa Barat, semalam.

“Berhati-hati di masa hadapan. Saya akan memastikan mereka diberkas,” ujar Jokowi.

Kata Jokowi, beliau akan memastikan amalan peras ugut itu tidak berlaku semasa pemerintahan penggal keduanya.

“Akan saya kejar, kawal, periksa dan saya akan hukum,” tegas Jokowi.

Tegasnya, beliau tidak mahu masih ada perkara yang dapat menjejaskan pelaburan daripada masuk ke Indonesia kerana menurutnya pelaburan adalah kunci kepada penawaran pekerjaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Jokowi menegaskan beliau tidak akan berkompromi terhadap pihak yang mengganggu ideologi nasional, Pancasila.

“Kita ini memiliki norma-norma agama, memiliki etika dan budi bahasa ketimuran, memiliki budaya yang luhur. Kita harus ingat, Pancasila adalah rumah kita bersama, rumah bersama kita sebagai saudara sebangsa setanah air.

“Tidak ada toleransi sedikit pun untuk mereka yang menggugat Pancasila,” kata Jokowi.

Sementara itu, Jokowi mene­gaskan kerajaan tidak teragak-agak untuk membubarkan institusi yang dianggap tidak lagi berguna.– AGENSI