BBC melaporkan, burung tersebut, spesies kakak tua corella - ditemukan dengan kawasan riadah di Adelaide pada Selasa dan Rabu lalu.

Sekurang-kurangnya 57 ekor burung daripada spesies itu merupakan spesies yang dilindungi.

Kematian berpuluh-puluh burung berkenaan kini disiasat oleh agensi kerajaan.

“Lokasi penemuan bangkai burung tersebut seperti berada dalam set penggambaran filem seram.

“Sesetengahnya ada yang darah keluar dari paruh. Ini membuatkan kami fikir haiwan tersebut keracunan,” jelas Pengasas Caspers Bird Rescue, Sarah King.