Berlian terbesar pernah dilelong itu yang dipasangkan pada seutas kalung bertatah berlian dan zamrud dikenali sebagai The Art of Grisogono mendapat perhatian ramai ketika acara lelo­ngan permata musim sejuk Christie.

“Ia sekali gus menandakan harga rekod dunia bagi berlian berwarna D dalam acara lelo­ngan,” kata Ketua Bahagian Permata Antarabangsa Rumah Lelongan Christie, Rahul Kadakia.

D merujuk kepada gred warna tertinggi berlian iaitu menunjukkan batu permata tersebut tidak berwarna dan sangat jarang ditemukan.

Kalung itu dijual kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan identitinya.

Namun sesetengah mereka yang hadir sewaktu acara lelo­ngan berkenaan berpendapat Art of Grisogono patut dijual pada harga lebih tinggi.

“Saya kecewa apabila kalung itu tidak dijual dengan harga yang tinggi,” ujar penjual berlian dalam talian terbesar di Eropah, 77 Diamonds, Tobias Kormind.

Tambah Kormind, berlian ter­babit seharusnya dijual pada harga melebihi AS$50 juta (RM209.2 juta). – AFP