BBC melaporkan, Reserve Bank of Australia (RBA) mencetak tulisan ‘responsibility’ menjadi ‘responsibilty’ pada berjuta-juta not terbaharu itu.

RBA mengesahkan kesilapan itu dan memberitahu, kesilapan tersebut akan diperbetulkan dalam cetakan akan datang.

Tetapi buat masa ini, sekitar 46 juta nota baharu itu sedang digunakan di seluruh negara.

Not terbaharu tersebut dikeluarkan akhir tahun lalu dan menampilkan Edith Cowan, wanita pertama yang menganggotai Parlimen Australia.

Dalam not tersebut, latar belakang Cowan kelihatan seperti rumput dan itu sebenarnya mengandungi tulisan petikan ucapan pertama wanita itu di Parlimen.