Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan (CAA) dalam kenyataan hari ini, mereka kekal menutup ruang udara sehingga pukul 11.59 malam waktu tempatan.

“Ruang udara telah dipulihkan buat sementara dengan tiga penerbangan dari Pakistan sehingga pukul 10 pagi tadi,” jelas kenyataan itu.

Penutupan itu telah menjejaskan laluan utama antara Eropah dan Asia Tenggara dengan Thai Airways membatalkan hampir 30 penerbangan melibatkan 5,000 penumpang.

Selain itu, ia memberi kesan perkhidmatan ke London, Munich, Paris, Brussels, Milan, Vienna, Stockholm, Zurich, Copenhagen dan Oslo namun sekitar 5.30 pagi Thai Airways beroperasi seperti biasa ke Eropah.