ABC news melaporkan, tertuduh, Fariq Aqbal Omar membawa heroin dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne dengan upah AS$500 (RM2,057) oleh bekas rakan sekerja dan seorang lelaki pada Mei tahun lalu.

Mahkamah Daerah Victorian melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Melbourne menunjukkan poket seluar panjang dan ves membonjol dengan 10 bungkusan heroin.

Pada perbicaraan itu, Omar mengaku bersalah kerana mengimport sejumlah komersial dadah terkawal sempadan.

Dia akan dipenjarakan minimum tiga tahun dalam penjara sebelum layak bagi parol.