Tertuduh, Frode Berg, 63, ditahan di Moscow dua tahun lalu dalam operasi khas oleh Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB).

Berg mengaku bertindak menghantar beberapa kali fail kepada perkhidmatan perisikan Norway namun dia menganggap hanya membawa duit.

Seorang bekas pegawai polis Rusia juga didakwa menyerahkan Berg fail mengenai tentera laut Rusia yang mana dihukum 13 tahun penjara pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, peguam Berg, Ilya Novikov berkata, anak guamnya tidak bercadang membuat rayuan dan berharap kerajaannya akan menjalankan usaha diplomatik. - AFP