Penahanan Emirsyah itu dilakukan selepas dua tahun beliau dinamakan sebagai suspek oleh Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia kerana didakwa menerima sogokan daripada Rolls-Royce sebagai pertukaran pembelian pesawat dilengkapi dengan enjinnya.

Menurut agensi anti-rasuah, Emirsyah dituduh menerima kira-kira AS$ 1.4 juta (RM5.86 juta) dan AS$180,000 (RM753,822) wang tunai semasa menerajui syarikat penerbangan kebangsaan negara itu dari tahun 2005 hingga 2014. - AFP.