Mahkamah Tinggi Korea Selatan berkata, ia adalah salah di sisi undang-undang sekiranya tidak memberikan visa kepada Steve Yoo, yang meraih kejayaan besar sekitar tahun 1990-an, 15 tahun selepas dia diusir keluar.

Semua golongan lelaki di negara ini diwajibkan untuk menjalani latihan khidmat tentera selama hampir dua tahun.

Yoo atau dikenali sebagai Yoo Seung-Jun, membatalkan kerakyatan Korea Selatan miliknya ketika dia hampir dipanggil untuk menjalani latihan terbabit pada 2002.

Dia kemudiannya menjadi warganegara Amerika Syarikat (AS) dan terlepas daripada menjalani latihan tersebut, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai.

Yoo, 42, memfailkan tuntutan undang-undang empat tahun lalu, mencabar keputusan Konsulat Korea Selatan di AS kerana tidak membenarkannya dia mendapatkan visa.

Namun Mahkamah Agung menyerahkan kes Yoo kepada Mahkamah Tinggi Seoul untuk diteliti hari ini selain mengeluarkan kenyataan, undang-undang tiada sekatan untuk menghalangnya daripada melawat Korea Selatan.

Tinjauan baru-baru ini menunjukkan hampir 70 peratus rakyat Korea Selatan mahu larangan terhadap Yoo dilanjutkan. - AFP