Rakaman imej yang diterbitkan oleh 9News menunjukkan anggota bomba dan paramedik sedang berada di Kedutaan AS serta India.

Tiada insiden buruk dilaporkan berlaku setakat ini.

Sementara itu, jurucakap Suruhanjaya Tinggi Britain mengesahkan mereka menerima bungkusan berkenaan.

“Kami sedang bekerjasama dengan Polis Persekutuan Australia (AFP) dan pihak berkuasa tempata berhubung perkara itu,” kata jurucakap tersebut. - REUTERS